Search This Blog

Wednesday, July 24, 2013

Empat rumah musnah dalam kebakaran di Tawau


TAWAU - Empat buah rumah di Kampung Tanjung Batu Tengah dekat sini musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata mereka menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 11.05 malam dan tiga jentera bomba bersama 33 anggota digegaskan ke tempat kejadian.

"Semasa anggota bomba tiba api begitu marak dan merebak dengan cepat membakar empat buah rumah jenis kayu itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rudy pihaknya dapat mengawal kebakaran daripada memusnahkan enam buah rumah berhampiran kira-kira 12.05 tengah malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada 1.23 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment