Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Dua sahabat karib dibunuh kejam dalam kebun kelapa sawit


MAYAT Muhamad Hafiz yang ditemui di dalam pondok di kebun kelapa sawit di Gedangsa, Hulu Selangor kelmarin.


HULU SELANGOR - Dua sahabat karib yang dibunuh dalam keadaan mengerikan di kebun kelapa sawit di Jalan Baru, Kampung Sri Keledang, Gedangsa dekat sini kelmarin dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara suspek dengan salah seorang mangsa.
Mayat Muhamad Hafiz Omar, 28, dan Hamsi Hashim, 42, ditemui pada pukul 4.30 petang oleh abang Muhamad Hafiz yang kebetulan pergi ke kebun tersebut untuk melawat mangsa.
Kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai penjaga kebun dan menternak itik itu tinggal di sebuah pondok di kebun milik bapa Muhamad Hafiz sejak setahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, mayat Hamsi ditemui di tepi sungai manakala Muhamad Hafiz pula terbaring berlumuran darah di dalam pondok kira-kira 20 meter dari sungai.
"Terdapat kesan koyak sepanjang 10 sentimeter di kepala Hamsi dipercayai dipukul dengan pencakar rumput.
"Kejadian itu tidak disedari Muhamad Hafiz yang sedang tidur di dalam pondok," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment