Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

Dua lelaki dicari

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN


Kiri SUSPEK 1, SUSPEK 2


KUALA LUMPUR – Polis semalam mengedar lakaran fotofit dua daripada empat lelaki yang disyaki memecah masuk kediaman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Jalan Setiabestari, Bukit Damansara di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya turut mengenal pasti tiga kumpulan termasuk suspek warga Colombia yang dipercayai aktif melakukan jenayah di kawasan itu.
“Usaha memburu suspek terlibat sedang giat dijalankan dan lakaran fotofit ini diharap dapat mempercepatkan usaha tersebut,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment