Search This Blog

Wednesday, July 24, 2013

Bakal ke tali gantung




JOHOR BAHRU - Dua lelaki bakal berdepan hukuman mati selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Pengusaha kerepek, Mohd Rafiq Musa, 25, bersama rakannya yang merupakan seorang penganggur, Nur Faizz Razali, 25, dituduh mengedar bahan disyaki dadah berbahaya jenis heroin seberat 112 gram.

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan terbabit di sebuah rumah di Jalan Pulai Harmoni 1, Bandar Baru Kangkar Pulai, dekat sini, kira- kira jam 3 petang, pada 16 Julai lalu.

Mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39 (B) (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah  seksyen 39B (2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati.

Majistret, Salina Omar memerintahkan supaya sebutan semula kes dijalankan pada 9 September ini bagi mendapatkan laporan kimia. Tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Khazrin Haffiz Khalil, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

No comments:

Post a Comment