KUALA LUMPUR 22 Julai - Seorang anggota polis bantuan maut selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu melanggar tiang elektrik di Jalan Mahameru berhampiran Muzium Negara malam tadi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130722/dn_25/Anggota-polis-bantuan-maut-4WD-dipandu-terbabas#ixzz2Zsdj7wQn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dalam kemalangan pukul 8.45 malam itu, mangsa Melton Tiunan, 35, berasal dari Kota Belud, Sabah mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kemalangan dipercayai berpunca akibat tayar depan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero milik pasukan Polis Bantuan Maju Holdings yang dipandu mangsa pecah lalu menyebabkan hilang kawalan.
"Selepas hilang kawalan kenderaan itu terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tiang lampu. Rempuhan itu telah mengakibatkan bumbung kenderaan itu di bahagian pemandu remuk," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Menurut Abdullah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130722/dn_25/Anggota-polis-bantuan-maut-4WD-dipandu-terbabas#ixzz2Zsdj7wQn
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment