Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Amah dihadap mahkamah bunuh ibu mentua hakim


Alor Setar: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, dekat sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang warga emas yang juga ibu mentua kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar pada hujung bulan lalu.

Tertuduh Dedek Lena, 41, dari Batu Besar, Batam yang memakai baju lokap berwarna ungu hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Um Zarul An Nur Umar.


Mengikut kertas pertuduhan, Dedek Lena didakwa membunuh Che Siah Wan Nik, 76, di sebuah rumah bernombor B26 Taman Serindik hadapan Sekolah Tengku Sopiah, Jalan Langgar kira-kira jam 11.25 pagi pada 24 Jun lalu.

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.


Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang warga emas menemui ajal dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidur utama selepas ditikam dipercayai oleh pembantu rumahnya dalam kejadian samun.

No comments:

Post a Comment