Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Alat tangkap ikan dikebas


Alor Gajah: Seorang nelayan yang juga penerima bantuan program e-Kasih terpaksa berputih mata apabila kerugian hampir RM30,000 selepas perahu dan peralatan menangkap ikan yang disimpan dalam bangsal dikebas pencuri di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Daud Yusof, 41, menyedari ketiadaan perahu itu ketika singgah di sebuah warung berhampiran dan menyangka ia digunakan anak saudaranya.


“Saya sangka anak saudara keluar awal ke laut mencari ikan namun apabila diperiksa, saya mendapati dia berada di rumah dan yakin perahu itu dicuri,” katanya.

Menurutnya, dia bersama abang dan adiknya turun ke laut menggunakan perahu itu secara bergilir-gilir dan kali terakhir melihatnya pada jam 10 malam kelmarin.


“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan potongan pada tali digunakan untuk mengikat perahu selain beberapa tapak kasut dan kaki di sekitar tempat kejadian,” katanya.


“Kami kini hilang punca pendapatan dan tidak mampu untuk membeli perahu baru,” katanya. yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru untuk tindakan lanjut.

Pengerusi Nelayan Kampung Telok Gong Mohammad Arshad berkata, kehilangan perahu dan peralatan nelayan di situ bukan perkara baru.

No comments:

Post a Comment