Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

4 beranak tinggal sehelai sepinggang



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran rumah di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Malang menimpa empat beranak di Kampung Kenali, Kubang Kerian dekat sini apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran petang kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7 petang itu, seorang peniaga, isteri dan dua anak mereka yang berusia lima dan tujuh tahun tinggal sehelai sepinggang setelah rumah papan itu terbakar dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM400,000.
Menurut peniaga terbabit, Mohamad Ismazani Ismail, 29, ketika kejadian dia bersama isteri, Sharifah Rosmiza Syed Ghawi, 29, (gambar kecil) sedang berniaga makanan kering di pasar malam di Kedai Lalat dekat sini bersama anak- anak mereka .
“Saya mendapat tahu mengenai kejadian itu setelah dihubungi oleh seorang jiran kira-kira pukul 7 petang,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu ketika ditemui di sini malam kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2Y1YKHAH3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment