Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

100 wanita jadi mangsa serangan seksual


Kaherah: Hampir 100 orang wanita menjadi mangsa serangan seksual “berleluasa” di Dataran Tahrir sepanjang tempoh empat hari protes menentang Presiden Mohamed Mursi, kata Human Rights Watch (HRW) semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan pertubuhan hak asasi manusia itu, penyangak melakukan serangan seksual dan dalam sesetengah kes, merogol sekurang-kurangnya 91 wanita di dataran di tengah Kaherah itu.


Memetik maklumat daripada pertubuhan yang mengendalikan talian kecemasan untuk mangsa keganasan seksual, ada 46 serangan dilaporkan ke atas wanita pada Ahad, 17 kes pada Isnin dan 23 kes kelmarin.



Sesetengah mangsa dilaporkan perlu menjalani pembedahan, manakala sebahagian lagi dipukul dengan rantai besi, kayu, kerusi atau diserang dengan pisau.


Timbalan Pengarah HRW Timur Tengah, Joe Stork berkata, serangan seksual meluas itu menampakkan kegagalan kerajaan dan parti politik untuk menangani keganasan dialami wanita Mesir di kawasan awam setiap hari.


“Ini adalah jenayah serius yang mengekang wanita daripada terbabit sepenuhnya dalam kehidupan terbuka ketika Mesir berada pada detik penting,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment