Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

Tokong makmal dadah

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


AZMAN menunjukkan mesin parut kelapa dan beberapa peralatan lain yang digunakan oleh enam suspek untuk memproses pil ekstasi pada sidang akhbar di Muar semalam.


MUAR – Tembelang enam individu termasuk seorang wanita yang menjadikan sebuah tokong sebagai makmal memproses dadah ekstasi sejak enam bulan lalu terbongkar apabila kesemuanya ditahan di Jalan Sulaiman di sini semalam.
Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 44 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 9.30 pagi ketika sedang asyik memproses 27,000 biji pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta di tokong tersebut yang terlindung daripada pandangan umum.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam serbuan itu juga polis turut merampas lima kilogram pil ekstasi termasuk dalam bentuk serbuk, peralatan memproses, besi pencetak, meja, ragum, tukul dan besi pengapit serta mesin parut kelapa yang digunakan untuk memproses dadah tersebut.
“Kita juga merampas sebotol cecair warna kuning dan satu pinggan ubat nyamuk,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam sambil menjelaskan, sebiji pil dadah itu dijual pada harga RM60.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2XGweM1YU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment