Search This Blog

Saturday, June 1, 2013

Skandal lan Rush terbongkar


London: Isteri legenda kelab bola sepak Liverpool, Ian Rush, menuntut cerai selepas menemui bukti suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita 20 tahun lebih muda.

Rush sudah tiga tahun menjalin hubungan dengan jelitawan Ireland, Carol Anthony tanpa pengetahuan isterinya, Tracy, lapor The Sun, semalam.
Minggu lalu, Rush, 51, dilihat menaiki pesawat ke Malta dengan Carol, 30. Spekulasi turut menyatakan mereka akan memulakan hidup baru selepas perceraiannya dengan Tracy, 52, selesai.


Syak ada hubungan

Tracy mengesyaki suaminya ada hubungan sulit sejak September lalu tetapi hanya memberi kad merah kepada Rush selepas menemui bukti mengenainya beberapa minggu lalu.

Pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga selama 26 tahun dan dikurniakan dua anak, Jonathan dan Daniel.
Rakan Rush berkata: Isterinya sudah membuat keputusan untuk berpisah.
Rush sudah diberi surat guaman menuntut cerai oleh Tracy selepas mereka bergaduh apabila wira Liverpool berkenaan pulang dari Malta.

Tracy mendapat tahu hubungan itu selepas membaca satu mesej telefon bimbit dari Carol kepada Rush.

Tracy amat kecewa. Dia setia sepenuhnya kepadanya dan merasa mungkin Rush tidak pernah menyintainya, kata rakan Rush.

Legenda Liverpool itu dilaporkan jatuh hati dengan Carol selepas mereka bertemu di Portugal pada 2010 ketika dia dan Tracy bercuti.

Sebelum ini, pemain Machester United, Ryan Giggs dilaporkan menjalin hubungan dengan isteri adiknya.

AGENSI

No comments:

Post a Comment