Taufan Oklahoma
Foto ihsan BBC
OKLAHOMA - Satu siri puting beliung melanda Amerika Syarikat (AS), membunuh sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang ibu dan kanak-kanak.

Puting beliung itu turut melanda Moore sebuah pinggir bandar berhampiran bandar Oklahoma di mana 24 orang terbunuh akibat angin ribut hampir dua minggu lalu.

Ribut terbaru yang melanda malam semalam menyebabkan ramai orang terperangkap dalam kereta dan lalu lintas menjadi huru-hara.

Dalam kejadian itu, lebih daripada 60,000 rumah terputus bekalan elektrik dan hujan lebat telah menyebabkan banjir teruk.

Banyak jalan-jalan dinaiki air sehingga 4 kaki.

Ribut juga melanda Missouri, di mana Gabenor Jay Nixon mengisytiharkan darurat.

Pusat Khidmat Ramalan Cuaca Ribut Kebangsaan berkata, cuaca buruk itu telah beralih ke arah timur pada hari Sabtu, ke arah Ohio dan Mississippi River Valleys.