Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

Polis tahan suami isteri terlibat kes pecah rumah



BATU GAJAH - Polis menahan sepasang suami isteri di dua lokasi bagi membantu siasatan 20 kes pecah rumah dan curi di sekitar Batu Gajah sejak Januari tahun lepas.
 
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di sini Ahad lepas manakala isterinya, 33, diberkas di Ipoh dua hari sebelumnya.
 
"Polis menemui beberapa barangan curi antaranya 24 telefon bimbit, dua kamera digital, 11 unit televisyen plasma dan sembilan komputer riba yang dianggar bernilai RM100,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau berkata penahanan pasangan suami isteri itu dibuat berikutan laporan kes pecah rumah di Taman Sanctuary Villa dekat sini 23 Mac lepas.
 
Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah. - Bernama

No comments:

Post a Comment