Pekerja Disneyland ditahan susulan letupan
Lokasi letupan di Mickey's Toontown, Disneyland, Anaheim. Gambar kecil: Barnes.
ANAHEIM - Polis menahan seorang pekerja Disneyland selepas disyaki terlibat dalam letupan di Taman Tema Disneyland di selatan Los Angeles, Amerika Syarikat.

Polis Bob Dunn berkata kepada AP, pekerja di bahagian Long Beach, Christian Barnes, 22, ditahan beberapa jam selepas kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Dia ditahan kerana memiliki bahan peledak berupa ketulan ais kering. Sehingga kini, kami masih meneliti rakaman kamera pengawasan di tempat terbabit,” katanya.

Selasa lalu, satu letupan berlaku di tempat pembuangan sampah berhampiran bahagian Mickey’s Toontown.

Bagaimanapun, tiada pengunjung dilaporkan cedera dalam kejadian itu.