Search This Blog

Wednesday, June 12, 2013

Ketua Wanita UMNO Jenjarom 1 maut kemalangan

Ketua Wanita UMNO Jenjarom 1  maut kemalanganNor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Banting: Ketua Wanita UMNO Cawangan Jenjarom 1, Nor Asmah Paniti, 52, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di depan Klinik Kesihatan Jenjarom, di sini, kelmarin.

Nor Asmah disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam kelmarin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kira-kira 14 jam selepas insiden yang berlaku ketika mangsa mahu ke klinik untuk pemeriksaan kerana dilaporkan kurang sihat.
Motosikal bergesel

Selalunya, Allahyarham minta saya hantar ke klinik, tetapi semalam (kelmarin), beliau pergi sendiri dengan menunggang motosikal” Zaidon Rukiman, Suami mangsa

Difahamkan, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.40 pagi itu berpunca apabila dua motosikal terbabit bergesel, menyebabkan mangsa dan penunggang berasingan terbabas sebelum terjatuh di atas jalan.

Nor Asmah mulanya dikejarkan ke Hospital Banting (HB) sebelum dipindahkan ke HTAR.

Penunggang sebuah lagi motosikal dikenali Qamarul Hisyam, 19, penuntut Giat MARA Banting, turut parah termasuk patah tangan kiri, namun dilaporkan stabil di HB.

Suami mangsa, Zaidon Rukiman, 57, berkata sebelum kejadian berkenaan, isterinya mengadu kurang sihat dan mahu ke klinik kesihatan berkenaan untuk pemeriksaan.
Tak minta suami hantar ke klinik

“Selalunya, Allahyarham minta saya hantar ke klinik, tetapi semalam (kelmarin), beliau pergi sendiri dengan menunggang motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment