Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

Budak dikurung macam banduan

Oleh MANIRAH OTHMAN


BEGINILAH keadaan kaki mangsa yang cedera teruk kerana disyaki didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.


KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki diseksa tanpa belas kasihan oleh bapa tirinya ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan badannya penuh dengan kesan dicucuh rokok selain dibiarkan kebuluran hingga tidak mampu berjalan.
Penderitaan kanak-kanak itu ditambah lagi dengan kesan bengkak dan melecur di kedua-dua belah kaki, lebam di seluruh badan termasuk mata dan mulut, kesan luka yang telah dijangkiti kuman dan bernanah selain dikurung sejak beberapa bulan lalu di sebuah rumah sewa di Gong Badak dekat sini.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik apabila dia dapat diselamatkan pada pukul 5 petang kelmarin selepas seorang jiran bertindak menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sepasukan anggota keselamatan yang pergi ke rumah itu diselubungi pilu apabila kanak-kanak tersebut terus meminta makanan dalam keadaan terketar-ketar ekoran kebuluran tanpa menghiraukan kesakitan yang dialaminya ketika itu.
Difahamkan, sebelum diselamatkan, jiran mangsa telah pergi ke rumah sewa tersebut setelah terdengar bunyi budak menangis selepas dipukul.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2XGws3v00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment