Search This Blog

Saturday, June 29, 2013

Anak kenamaan dihukum penjara



JOHOR BAHRU - Anak seorang kenamaan dan dua rakannya dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah mencederakan petinju negara, Muhammad Farkhan Mohd Haron pada tahun lepas.
   
Hakim Zamri Bakar memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa mulai hari ini selepas menolak permohonan pihak pembelaan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan.
   
Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28; Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd Arif Husin, 36, dituduh menyebabkan kecederaan parah ke atas Muhamad Farkhan, 25, menggunakan senjata tumpul di antara pukul 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei tahun lalu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini.
   
Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
   
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Norman Fernandez, Mohd Abdul Kadir, Zamri Idros dan Mazri Muhamad.
   
Terdahulu, Muhammad Farkhan dipanggil untuk memberi 'Pernyataan Kesan Terhadap Mangsa' di mahkamah, mengenai kesan kejadian itu ke atas dirinya. - Bernama

No comments:

Post a Comment