Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

Aktivis selamatkan ratusan anjing daripada dimasak

BEBERAPA peniaga daging anjing memotong daging anjing di pasar Yulin, Ahad lalu.- AP


YULIN - Aktivis-aktivis pencinta haiwan membanjiri bandar ini, dalam wilayah Guangxi bagi menyelamatkan beratus-ratus ekor anjing menjelang festival daging anjing Yulin pada Jumaat ini.
Lebih 20 aktivis dari beberapa bandar raya di China membelanjakan lebih 126,000 dolar Hong Kong (RM51,736) untuk membeli dan menyelamatkan sekitar 400 ekor anjing di beberapa pasar tempatan.
Haiwan itu ditempatkan semula di sebuah ladang ternakan di Shangrao, wilayah Jiangxi.
"Pada tahun ini kebanyakan anjing yang akan dibunuh untuk dijadikan hidangan merupakan anjing betina," kata seorang aktivis berusia 55 tahun, Du Yufeng.
Festival tahunan daging anjing itu tetap diadakan pada tahun ini walaupun mendapat bantahan keras daripada aktivis-aktivis hak haiwan.
Dianggarkan lebih 10,000 ekor anjing akan dibunuh pada setiap tahun sepanjang festival itu berlangsung.
Masyarakat di sini gemar memakan daging anjing yang dimasak bersama buah laici yang merupakan hidangan tradisi pada musim panas.
Sekurang-kurangnya sepuluh juta ekor anjing dibunuh untuk dijadikan makanan di China pada setiap tahun. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2XGuvUTH3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment