Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

5 syarikat punca jerebu

SEBAHAGIAN anggota bomba dan tentera Indonesia yang ditugaskan memadam kebakaran di Sumatera mendengar taklimat di sebuah pangkalan udara di Jakarta semalam.


KUALA LUMPUR - Persidangan Meja Bulat Mengenai Kelestarian Minyak Sawit (RSPO) mengenal pasti lima syarikat termasuk tiga syarikat Malaysia yang didakwa terlibat membakar hutan secara haram di Indonesia.
Tiga syarikat Malaysia terbabit ialah TH Plantations Bhd., Kuala Lumpur Kepong Bhd. dan Sime Darby Bhd., manakala dua lagi merupakan syarikat republik tersebut, PT Jatim Jaya Perkasa dan syarikat Sinar Mas.
Setiausaha Agung RSPO, Darrel Webber berkata, semua syarikat itu diarah mengemukakan peta-peta digital mengenai perladangan mereka yang terletak di Kalimantan dan Sumatera dalam tempoh 48 jam untuk disiasat.
"Peta-peta itu akan dinilai dan dianalisis dengan pemetaan yang diterbitkan mengenai kebakaran hutan oleh NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan) dan NOAA (Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan)," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini semalam.
Analisis itu akan membantu pengesahan lokasi kebakaran hutan berbanding dengan lokasi ladang yang dimiliki syarikat-syarikat anggota RSPO.
Menurut Webber, pencemaran alam sekitar yang disebabkan pembakaran hutan di Indonesia yang menyelubungi beberapa negara di Asia Tenggara sehingga ke paras bahaya amat dikesali.
Webber memberi jaminan bahawa prinsip dan kriteria RSPO jelas menunjukkan pembakaran terbuka tidak dibenarkan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2XGw25EMN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment