Search This Blog

Saturday, June 29, 2013

27 lelaki ditahan terlibat aktiviti sabung ayam




BESUT - Polis Terengganu menahan 27 lelaki yang sedang asyik melakukan aktiviti menyabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Jabi di sini semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata serbuan kira-kira 8 malam itu dilakukan hasil maklumat orang awam dan intipan yang dilakukan oleh unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
 
"Sebelum serbuan kita telah lakukan risikan dan intipan dan mendapati sekumpulan lelaki berusia lingkungan 22 hingga 68 tahun sedang berkumpul dan bersorak melaga ayam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Beliau berkata polis turut merampas 11 ekor ayam jantan, 10 serkap ayam, sebuah generator, kerusi serta wang tunai.
 
Katanya kesemua lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Besut dan dibebaskan dengan jaminan polis. - Bernama

No comments:

Post a Comment