Search This Blog

Wednesday, May 15, 2013

Warga Singapura terpaksa bayar RM70,000 untuk ambil anak angkat



Singapura: Perniagaan bayi amat memberangsangkan sejak sedekad lalu selepas ejen dilarang daripada mendapatkan bayi dari China untuk diambil sebagai anak angkat pada 2004 dan pemeriksaan ketat terhadap bakal ibu bapa bermula setahun berikutnya.

Kini terdapat kurang daripada lima agensi anak angkat dengan perniagaan yang baik, kurang kira-kira 12 agensi sejak sedekad lalu. Memandangkan bilangan bayi dari Malaysia dan Indonesia untuk dijadikan anak angkat kian menyusut, yuran semakin melonjak.


Ejen yang diwawancara berkata, mereka mengutip antara Sg$20,000 hingga $28,000 (RM48,147 hingga RM67,406) untuk setiap bayi yang dijadikan anak angkat - 20 hingga 50 peratus lebih tinggi berbanding sedekad lalu.

Kebanyakan anak angkat biasanya berasal dari China, tetapi ejen dilarang daripada membawa masuk bayi dari negara itu, mereka menumpukan kepada bayi dari Malaysia dan Indonesia kerana terdapat populasi Cina yang besar di dua negara terbabit.


Bakal ibu bapa paling berpotensi ialah pasangan Cina Singapura yang mencari bayi daripada bangsa yang sama. Tidak seperti masa lalu, tiada pilihan dibuat untuk bayi lelaki.


Membayar dan memberi ganjaran kepada ibu yang melahirkan anak untuk dijadikan anak angkat dilarang kecuali dengan kebenaran mahkamah. Hakikatnya, ejen berkata, ibu bapa yang melahirkan bayi itu menerima “hongbao” dan sesetengahnya menyatakan jumlah yang mereka inginkan. - Straits Times

No comments:

Post a Comment