Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Upah bunuh bapa, kakak



Beijing: Seorang pelajar sekolah di China ditahan kerana mengupah dua lelaki untuk membunuh bapa dan kakaknya kerana tekanan diberikan mereka terhadapnya supaya belajar, lapor akhbar semalam. Insiden itu mendedahkan tekanan pendidikan di negara itu.

Remaja itu ditahan di wilayah tengah Hunan ekoran kematian bapanya Gao Tianfeng - pegawai kanan mahkamah - dan kakaknya yang berusia 20 tahun, lapor agensi berita kerajaan Xinhua, memetik kenyataan polis tempatan. “Menurut polis, siasatan terhadap pelajar lelaki berkenaan mendapati dia mengupah dua lelaki dikenalinya melalui Internet untuk membunuh bapa dan kakaknya kerana tertekan dengan sikap mereka,” lapor Xinhua. Kamera pengawasan menunjukkan dua lelaki memanjat tembok dan memasuki kediaman keluarga itu di Zhoukou ketika kejadian awal kelmarin, kata laporan itu sambil menambah dua daripada tiga suspek yang terbabit termasuk anak lelaki Gao sudah ditahan.


Polis tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.

China sudah lama dikenali dengan pendekatan disiplin tinggi terhadap pendidikan dan kaedah keibu bapaan mencetuskan kritikan kerana memberikan terlalu banyak tekanan terhadap anak mereka agar lulus dalam peperiksaan yang sukar dan mencabar. - AFP

No comments:

Post a Comment