UMMU JAH dan 10 pengikutnya ditahan sebaik mereka tiba di KLIA semalam. |
Wanita itu yang lebih dikenali dengan gelaran Ummu Jah, 59, tiba di KLIA pada pukul 11.40 pagi selepas menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Jeddah.
Seorang bayi anggota keluarga kumpulan itu yang dipercayai berusia tujuh bulan dan tidak diketahui jantina dihantar ke Hospital Putrajaya kerana mengalami masalah kesihatan.
Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam bagi proses disoal siasat mengenai aktiviti mereka semasa berada di Mekah.
“Ummu Jah dan pengikutnya ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi ekoran program pemutihan yang dilakukan negara itu yang dimulakan sejak 9 April lalu,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2TDH32gBV
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment