Search This Blog

Wednesday, May 15, 2013

Ummu Jah akan didakwa di Mahkamah Syariah



SHAH ALAM - Hatijah Aam, balu Ashaari Muhammad pengasas ajaran sesat Al-Arqam akan didakwa di Mahkamah Syariah dalam tempoh terdekat, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin.
Menurut Marzuki, isteri kedua Ashaari yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah, 59, itu akan didakwa mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana melanggar arahan Mufti.
Jika sabit kesalahan wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, dalam kenyataan tersebut, Marzuki tidak memperincikan mengenai kedudukan 10 lagi pengikut Al-Arqam yang turut ditahan bersama Ummu Jah kelmarin.
Kenyataan tersebut juga tidak menyatakan tarikh wanita itu akan didakwa.
Marzuki memberitahu, Ummu Jah dibebaskan pada pukul 9.30 malam kelmarin selepas kenyataannya selesai diambil JAIS.
Kosmo! semalam melaporkan Ummu Jah yang diusir pihak berkuasa Arab Saudi ditahan JAIS sebaik dia bersama 10 pengikutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin. Ummu Jah diusir oleh pihak berkuasa Arab Saudi selepas dia ditahan dalam program pemutihan di negara itu.
Wanita itu dan pengikutnya tiba di KLIA pada pukul 11.40 pagi selepas menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2TJ7tkkZG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment