Search This Blog

Wednesday, May 15, 2013

Terbakar ketika ditunda

Foto
KEADAAN bas berkenaan yang terbakar ketika ditunda selepas mengalami masalah brek, malam kelmarin.
Kulaijaya: Sebuah bas ekspres yang rosak tiba-tiba terbakar ketika ditunda untuk dihantar ke bengkel membaiki kenderaan dalam kejadian di Kilometer 20.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Senai di sini, jam 8.15 malam kelmarin.
Kejadian disedari pemandu trak berkenaan yang memberhentikan kenderaan itu.
Orang awam yang melalui kawasan itu menghubungi polis dan bomba.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian, bas jenis Hino itu ditunda berikutan mengalami masalah brek.


“Bas itu tidak membawa penumpang. Kami tidak menolak kebakaran berpunca daripada tayar kanan kenderaan itu. “Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Kami dimaklumkan bas itu rosak sejak awal pagi semalam (kelmarin),” katanya.

No comments:

Post a Comment