Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Tentera Bangladesh henti operasi cari mangsa runtuhan



Dhaka: Tentera Bangladesh semalam mengumumkan pihaknya akan mengakhiri operasi mencari mayat ekoran runtuhan kompleks kilang pakaian bulan lalu, mengatakan ia kini percaya jumlah keseluruhan mangsa yang terbunuh ialah 1,127 orang.

Jeneral tentera yang bertanggungjawab dalam usaha mencari itu berkata, dia kini menyerahkan operasi kepada pentadbir awam dan berharap pasukannya akan kembali ke berek mereka dalam tempoh 24 jam. “Operasi mencari pihak tentera sudah hampir tamat,” kata Brigadier Jeneral Siddiqul Alam. “Kami dalam proses menyerahkan operasi seterusnya kepada pentadbiran daerah dan beredar pada jam 2 petang esok (hari ini),” katanya sambil menambah jumlah keseluruhan kematian akibat malapetaka 24 April lalu kini mencecah 1,127. “Kami tidak fikir ada mayat lagi di bawah sisa runtuhan. Kami kini mengalihkan kereta dari tingkat bawah tanah,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment