Search This Blog

Sunday, May 19, 2013

Tangan cedera selamat suami

Segamat: “Saya terpaksa menggunakan tangan kiri untuk menepis tetakan lelaki berparang yang ditujukan kepada suami. Walaupun lengan kiri cedera akibat tetakan itu, saya dapat menyelamatkan suami daripada maut,” kata isteri anggota polis yang hanya dikenali sebagai Mek Pah, 41, semalam.
Mek Pah menceritakan detik mencemaskan dia dan suaminya diserang lima lelaki berparang di perkarangan Balai Polis Labis, di sini, jam 12.30 tengah hari.
Mek Pah nekad berbuat demikian bagi menyelamatkan suaminya Konstabel Mohd Nawi Che Megat, 46, yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam diserang lima lelaki bersenjatakan parang.

Menurutnya, sebelum kejadian jam 12 tengah hari, dia bersama suami menaiki Honda Stream dan berhenti di depan Maybank Labis, manakala lima pekerja kedai makannya, termasuk seorang anak, menaiki Perodua Kenari untuk mengeluarkan sejumlah wang.
Foto
LENGAN kiri Mek Pah yang terkena hujung pedang samurai penyerang ketika cuba menyelamatkan suami.

“Tiba-tiba seorang lelaki Cina menunggang skuter meluru ke arah kami sambil menghunus pedang samurai dan cuba membuka pintu sebelah suami.

No comments:

Post a Comment