Search This Blog

Thursday, May 30, 2013

Tahan sakit 10 minit rempuh lori sampah


Port Dickson: Seorang wanita hanya mampu menahan azab hampir 10 minit akibat tersepit di tempat duduk pemandu apabila Perodua Kancil dipandunya merempuh belakang sebuah lori sampah berhampiran tapak pelupusan sampah Bukit Palong, Lukut, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa berusia 20-an itu cedera parah di kaki dan muka selepas kereta dipandu hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori berkenaan. Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengekori lori itu yang menghala Lukut sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan merempuhnya.


“Siasatan juga mendapati lori itu dipercayai mahu membelok ke kanan memasuki pintu utama tapak pelupusan sampah itu sebelum tiba-tiba kereta dipandu wanita itu merempuhnya dari belakang.

“Akibat rempuhan itu, wanita itu meraung kesakitan selepas tersepit hampir 10 minit di tempat duduk pemandu,” katanya kepada, semalam. Katanya, mangsa yang kelihatan parah di muka dikeluarkan bomba dan terus dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.


“Pemandu lori berusia lingkungan 40-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah diambil keterangan,” katanya.


Menurutnya, polis terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun mengesahkan menerima laporan kes itu.

No comments:

Post a Comment