Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Suspek campak mayat ke lombong ditahan



Shah Alam: Misteri pembunuhan seorang lelaki berusia 26 tahun yang mayatnya dijerut selain ditikam sebelum dicampak ke lombong, 2 Mei lalu dijangka terungkai dengan penahanan dua lelaki, malam kelmarin.

Mayat mangsa, V Parasuraman ditemui orang ramai jam 10 pagi di lombong di Taman Permata, Dengkil, sebelum menghubungi polis.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui dengan kesan lilitan di leher selain terdapat luka pada bibir dan koyak pada telinga.

Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan 8 Mei lalu mendapati terdapat kesan tikaman di rusuk kiri, dada dan abdomen mangsa.


Katanya, hasil siasatan lanjut, polis menahan dua lelaki berusia 31 tahun di Taman Desa Dengkil, jam 11 malam kelmarin.


Menurutnya, siasatan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun dan merusuh manakala seorang lagi suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek direman mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan dan motif kejadian belum dikenal pasti.


“Polis meminta orang ramai mengesan seorang lagi suspek iaitu F Chandrasskaran berusia 31 tahun beralamat terakhir di No 20, Jalan Aman 2, Taman Desa Dengkil. Suspek itu dipercayai terbabit kejadian berkenaan,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor M Balloo di talian 012-366 3614 atau balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment