Search This Blog

Wednesday, May 15, 2013

Serang polis guna bom paip



Jakarta: Polis Indonesia semalam menembak mati seorang lelaki yang menyerang mereka dengan bom buatan sendiri dan disyaki menjadi sebahagian rangkaian pengganas yang disasarkan dalam serbuan minggu lalu.

Lelaki itu membaling bom paip ke arah pos polis trafik di bandar Tasik Malaya, Jawa Barat tetapi gagal meletup, kata jurucakap polis nasional Boy Rafli Amar. Dua anggota polis trafik mengejar suspek tetapi dia mengelak daripada ditahan dengan menyerang seorang daripada anggota polis terbabit dengan parang dan cuba melepaskan tembakan dengan senjata api buatan sendiri ke arah mereka tetapi gagal berfungsi. “Polis kemudian menembak mati lelaki terbabit,” katanya.


Seorang daripada polis trafik berkenaan cedera akibat diserang dengan parang dan menerima rawatan di hospital.

Lelaki itu disyaki menjadi sebahagian rangkaian pengganas yang disasarkan polis minggu lalu dalam serbuan di seluruh Jawa dan Sumatera. Tujuh suspek militan terbunuh dalam serbuan minggu lalu, termasuk beberapa yang dikaitkan dengan rancangan untuk mengebom kedutaan Myanmar dan 17 lagi ditahan.


Polis juga percaya suspek melakukan rompakan bagi memperoleh dana bagi kumpulan militan yang bersembunyi di hutan di seluruh Poso, Sulawesi. - AFP

No comments:

Post a Comment