Search This Blog

Sunday, May 19, 2013

Seorang maut dalam ketegangan agama di Iskandariah



ISKANDARIAH - Seorang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam pertempuran di antara penganut Kristian dan Islam lewat Jumaat lalu di luar sebuah gereja koptik di sini, lapor akhbar al-Ahram.
Pergaduhan yang bermula di antara dua remaja lelaki, seorang beragama Kristian dan seorang penganut Islam bertukar menjadi persengketaan keluarga, sebelum mencetuskan pertempuran di wilayah barat Iskandariah.
Kedua-dua belah pihak membaling bom api di antara satu sama lain, membuatkan pihak berkuasa terpaksa masuk campur dan mengosongkan kawasan sekitar gereja terbabit.
Polis telah menahan lapan orang suspek selepas dua jam pergaduhan berlaku. Sejak bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan pada tahun 2011, ketegangan agama di antara penganut Kristian dan Islam kian memuncak.
Penganut Kristian mewakili sepuluh peratus daripada 84 juta penduduk Mesir. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2TgVnakVI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment