Search This Blog

Thursday, May 30, 2013

‘Saya tetap tunggu dia’

Foto
MILIS melihat gambar suaminya, Pangkas.
Kapit: “Saya harap dia selamat. Selagi tiada berita sahih mengenainya, saya akan tunggu di terminal ini,” kata seorang wanita yang keresahan selepas suami yang sepatutnya pulang menyambut Hari Gawai tidak pulang dipercayai turut terbabit dalam tragedi sebuah bot ekspres karam di Tanjong Giam Bungan, Belaga.
Menurut Milis Balan, 51, dia ke Terminal Bot Ekspres Kapit pada jam 12 tengah hari kelmarin untuk menyambut kepulangan suami, Pangkas Dalo, 42, dari Bakun untuk menyambut Hari Gawai bersama keluarga.
Katanya, sebaik tiba di terminal, dia terdengar perbualan beberapa individu mengenai kejadian itu, tetapi tidak mengendahkannya dan terus menunggu ketibaan suami.

“Hampir dua jam menunggu, bot ekspres dinaiki suami masih belum tiba dan saya mula rasa tidak sedap hati cuba menghubungi telefon bimbitnya, tetapi gagal.


“Kali terakhir suami menghubungi saya pada jam 8 pagi dan dia mahu saya menunggunya di terminal kerana tidak sabar berjumpa dengan empat cucunya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment