Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Rumah rosak




BEGINILAH keadaan bumbung rumah yang rosak selepas kerja naik taraf dilakukan di Flat Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Macam tikus membaiki labu. Itulah peribahasa sesuai bagi menggambarkan kualiti rumah di Flat Taman Mulia, Bandar Tun Razak di sini selepas kerja-kerja naik taraf dilakukan oleh kontraktor yang dilantik penduduk.
Ketua jawatankuasa penduduk, Mohd. Hanim Tahir mendakwa, sebaik sahaja kerja-kerja naik taraf bangunan berusia 30 tahun itu selesai pada penghujung tahun lepas, keadaan kediaman mereka menjadi semakin teruk.
Rata-rata penduduk mengaitkan puncanya disebabkan kontraktor didakwa gagal melakukan kerja dengan sempurna.
“Sebelum kerja naik taraf dilakukan, kami tidak menghadapi masalah tetapi kini ramai mengadu bumbung bocor.
“Ada penduduk yang terpaksa menggunakan baldi bagi menadah air yang menitis dari siling dan perkakas elektrik mereka turut rosak,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.
Mohd. Hanim memberitahu, aduan sudah dibuat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun sehingga sekarang masih tiada penyelesaian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2TOvR1ku8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment