Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

RM26,000 jadi RM26



Johor Bahru: Akibat mempercayai seorang saudara baru yang berperwatakan alim, seorang lelaki dari Nusajaya, dekat sini, hanya menerima RM26 hasil jualan kereta Perodua Myvinya apabila ditipu lelaki berkenaan.

Mangsa, Mohd Yunos Abu Bakar, 49, berkata, selepas membeli kereta baru, dia mahu menjual kereta Myvi berusia tujuh tahun dengan harga RM26,000, April lalu.


Menurutnya, isterinya mengiklankan kereta berkenaan di laman web sosial facebook pertengahan April lalu dan seorang lelaki dikenali sebagai Raja berminat membeli kereta itu pada harga ditetapkan.

“Percakapan lelaki itu meyakinkan. Dia yang mengaku berasal dari Teluk Intan, Perak dan berperwatakan alim,” katanya.


Mohd Yunos berkata, lelaki berkenaan mengunjungi rumahnya pada 27 April lalu dan membawa bank draf bernilai RM26,000 sebagai bayaran atas namanya.


“Dia membenarkan saya membuat salinan kad pengenalannya bagi tujuan rekod. Saya juga meminta lelaki berkenaan menandatangani dokumen akujanji menerima kenderaan sebelum menyerahkan dokumen tukar milik serta kereta berkenaan,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Mohd Yunos berkata, keluarganya hanya menyedari helah lelaki itu apabila dihubungi pengurusan sebuah bank di Jalan Tebrau di sini, menyatakan draf bank yang didepositkan atas namanya dipalsukan iaitu digit nilai wang diubah daripada RM26 kepada RM26,000.


“Saya menghubungi Raja untuk mendapatkan penjelasan, tetapi menyatakan diperdaya pemandunya. Dia mengirim SMS berjanji mencari pemandunya dan memulangkan kereta,” katanya.

Mohd Yunos berkata, lelaki berkenaan memaklumkan ingin berjumpanya pada 1 Mei lalu namun tidak menepati janjinya.


“Saya membuat laporan polis di Balai Polis Nusajaya pada 1 Mei,” katanya.


Jurucakap balai polis itu mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan siasatan masih dijalankan. “Orang ramai yang mempunyai maklumat lelaki itu atau kereta mangsa diminta menghubungi 07-5114222,” katanya.

No comments:

Post a Comment