Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

‘Pujuk’ dua minggu

Foto
PEGAWAI PERHILITAN membawa keluar gajah betina dan anaknya untuk dipindahkan ke kawasan hutan simpan.
Sungai Siput: Lapan gajah liar berjaya ‘dijinakkan’ sekumpulan kakitangan Unit Elit Tangkapan Gajah secara berperingkat di sebuah ladang getah terpencil di Kampung Bekut, Felda Lasah, di sini, sejak dua minggu lalu.
Lebih membanggakan, kejayaan itu kenangan paling manis dalam kerjaya kakitangan unit berkenaan yang memerangkap sekumpulan lapan ekor gajah menjadikannya tangkapan terbesar di Malaysia tahun ini.
Lapan gajah berkenaan masing-masing tiga jantan dan lima betina termasuk seekor anak gajah berusia setahun itu ditangkap sejak 11 Mei lalu di sekitar ladang getah terpencil itu dengan tangkapan terakhir, petang kelmarin.

Bagaimanapun, sehingga petang semalam, hanya dua dipindahkan membabitkan seekor gajah betina dan anaknya, manakala selebihnya akan dipindahkan secara berperingkat dalam tempoh lima hari.


Dalam operasi pemindahan semalam, dua gajah denak digunakan iaitu Kala dan Rambai yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

No comments:

Post a Comment