Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Polis Aceh musnah 35 hektar ladang ganja



Aceh: Pihak berkuasa Agensi Narkotik Nasional (BNN) dengan kerjasama Polis Nangroe Aceh Darussalam memusnahkan 35 hektar ladang ganja di desa Pulo Kemukiman Lamtebua, daerah Seulimeum di Aceh Besar Isnin lalu sebagai sebahagian usaha untuk mengurangkan jumlah tanaman ganja di wilayah itu dan kawasan sekitarnya.

Jurucakap BNN, Yessi Weningati berkata, pemusnahan ladang ganja di Aceh diketuai Ketua BNN, Komisioner Jeneral Anang Iskandar. “Pemusnahan 35 hektar ladang ganja adalah yang pertama seumpamanya dilakukan tahun ini di Pulo Kemukiman Lamteuba, daerah Seulimeum. Ia mengambil masa dua jam setengah pemanduan dari Banda Aceh ke kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.


Dalam operasi itu, puluhan pegawai BNN dan polis menebang pokok ganja yang ditanam di ladang itu sebelum ianya dibakar.

Operasi itu dilakukan apabila BNN menerima maklumat terperinci mengenai keluasan ladang berkenaan sebulan lalu, mendorong siasatan awal dilakukan bersama polis tempatan pada 3 Mei lalu. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment