Search This Blog

Sunday, May 19, 2013

Pesta filem Cannes gempar

Pesta filem Cannes gempar
Penembak dikawal anggota keselamatan sejurus kejadian di Cannes. - Foto REUTERS 

Cannes: Seorang lelaki ditahan di pesta filem Cannes yang digemparkan dengan tindakannya melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol.

Ia menyebabkan pelakon Christoph Waltz dan Daniel Auteuil yang ketika itu sedang diwawancara tidak jauh daripada penembak, berlari mencari perlindungan.
Stesen televisyen Perancis, Canal+, menemu bual pemenang Oscar dari Austria, Waltz dan aktor Perancis, Auteuil, secara langsung dalam program berita malam di set berdepan laut tidak jauh daripada penonton apabila seorang lelaki melepaskan dua tembakan ke udara.


Pengawal peribadi segera melompat ke arah orang ramai melepasi penghadang dan menolak jatuh penembak.

Polis segera memberitahu orang ramai supaya lari kerana lelaki itu juga ada bom tangan, kata saksi, Arthur Laiguesse.

Polis menahan lelaki itu di tempat kejadian dan mendapati dia membawa bom tangan palsu dan pisau, kata pihak berkuasa.

Lelaki itu gila, kata sumber polis.
Selepas lelaki berkenaan dibawa pergi dari situ, penerbit program memberitahu rancangan akan disambung semula: Pertunjukan mesti diteruskan.

Waltz, yang menang dua Oscar pelakon pembantu lelaki terbaik untuk filem Django Unchained dan Inglourious Basterds, dan Auteuil adalah juri Cannes. Mereka kembali ke set program berita selepas itu.

Tembakan itu adalah kejadian kedua pada hari ketiga festival selama 12 hari itu, pertunjukan wayang terbesar dunia yang menarik ribuan pelakon, pengarah, eksekutif filem, wartawan dan peminat.

REUTERS

No comments:

Post a Comment