Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Perompak bawa pistol mainan dibelasah



Suspek lelaki yang ditahan oleh orang ramai di Kampung Tupong Ulu, Kuching, semalam.
KUCHING 14 Mei - Seorang lelaki yang membawa pistol mainan ketika memecah masuk sebuah rumah di Kampung Tupong Ulu di sini bukan setakat gagal merompak, malah dibelasah teruk oleh penghuni rumah tersebut.
Kejadian berlaku pukul 9 pagi ini apabila pemilik rumah itu, Tasmin Mulana Sarkawi, 32, terserempak dengan suspek memakai topi keledar sedang berlegar-legar di dalam rumahnya.
Menurut Tasmin Mulana, penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumahnya selepas memecahkan besi jeriji pintu hadapan.
"Saya terkejut melihat suspek. Saya tanya kenapa dia menceroboh rumah kami tetapi dia diam dan terus melarikan diri sambil memegang sepasang kasut saya.
"Namun dia jatuh tersungkur di depan rumah. Saya terus menangkapnya sebelum menumbuk muka dan membelasah dia sehingga lembik," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Tasmin Mulana berkata, seorang kawan suspek yang menunggu di bahu jalan di depan rumahnya sempat melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Legenda.
Hasil pemeriksaan lanjut Tasmim Mulana turut menemukan sepucuk pistol mainan yang disorok dalam poket belakang seluar suspek selain jarum suntikan dadah, pemutar skru dan spanar di dalam beg silang milik suspek.
Dia kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Gita ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu sambil memberitahu kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130515/je_04/Perompak-bawa-pistol-mainan-dibelasah#ixzz2TP26tGZD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment