Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Penyelia khianat didenda RM1,600



Kota Bharu: Seorang penolong penyelia gudang di sebuah pasar raya yang mengambil kesempatan mencuri 39 ikat gula pasir bernilai RM1,076.40 pada Oktober tahun lalu, dijatuhi hukuman denda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohd Huszarni Hussin, 30, dari Jalan Bayam, di sini, mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri 39 ikat gula pasir kasar jenama CSR itu pada jam 10 pagi di Gudang Mydin Pengkalan Chepa, 29 Oktober 2012.


Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda.

Majistret Nik Habri Muhamad mengarahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed.

No comments:

Post a Comment