Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Penjual burger tak nampak budak lelaki



Petaling Jaya: Seorang peniaga burger memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, semalam dia tidak melihat kanak-kanak lelaki ketika berniaga di gerainya berhampiran kedai elektrik Onking pada 16 Januari lalu.

Shah Azril Azri Abdul Hamid, 29, berkata, pada malam itu kira-kira jam 8.30 malam, dia didatangi seorang lelaki yang bertanyakan sama ada ternampak kanak-kanak yang dikatakan hilang ketika lelaki itu dan isterinya masuk ke kedai barang elektrik berkenaan.


“Dia cakap anaknya dalam kereta. Dia pergi kedai lepas itu anak dia hilang,” kata saksi ke-16 itu pada prosiding inkues menyiasat kematian William Yau Zhen Zhong, 6, yang mayatnya ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Menurut Shah Azril, lelaki itu turut memberikan gambaran mengenai anaknya yang memakai baju berwarna jingga.

Katanya, dia nampak lelaki yang bertanyakan mengenai anaknya itu datang dari arah pintu depan kedai elektrik Onking.


Ditanya keadaan lelaki itu, Shah Azril berkata, keadaannya kelam-kabut dan mencari anaknya sambil memanggil nama kanak-kanak itu.


Menurutnya, selain itu, pada malam sama, dia menutup gerainya lebih awal sekitar jam 10 malam.

“Saya tutup awal sebab polis datang dan ramai orang di kawasan itu,” katanya.


Seorang lagi saksi, jurujual Onking, Beah Chin Hing, 33, berkata, sebelum kejadian, dia nampak bapa William menghisap rokok di luar kedai Onking dan berbual dengan seorang lelaki.

Menurutnya, ketika itu, dia duduk di kaunter bayaran kedai berkenaan.


Inkues di hadapan Koroner Mohd Hezri Shaharil bersambung pada 28 Mei depan

No comments:

Post a Comment