KUALA TERENGGANU 22 Mei - Seorang peniaga besi buruk dan barang terpakai disuntik dengan cecair dipercayai dadah ketika disamun di Felda Cerul, Kemaman, Isnin lalu.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika mangsa berusia 29 tahun itu memandu lori membawa muatan besi buruk dan surat khabar lama sebelum tiba-tiba ditahan oleh tiga hingga empat lelaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, sejurus selepas ditahan mangsa disuntik dengan sejenis cecair menyebabkan dia khayal dan menjadi lemah. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130522/je_12/Peniaga-besi-buruk-disuntik-dadah-sebelum-disamun#ixzz2U4GUuaOO
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment