Search This Blog

Thursday, May 23, 2013

Pengunjung pantai panik lihat buaya di Kalimantan


JAKARTA - Beratus-ratus orang pengunjung sebuah pantai yang popular di Indonesia menjadi panik dan melarikan diri apabila seekor buaya sepanjang empat meter berjemur berhampiran mereka, kata seorang pegawai semalam.
Ketika kejadian, orang ramai sedang berjemur di pantai tersebut di Balikpapan, Kalimantan pada hujung minggu lalu apabila reptilia seberat 200 kilogram itu berjalan ke pantai.
"Buaya itu dilihat berjemur dekat sebuah pos pengawal pantai pada pagi Sabtu lalu," kata seorang pengawal pantai, Ari Triyanto kepada agensi media AFP.
Para pengunjung pantai yang melarikan diri itu kemudian kembali semula untuk melihat anggota-anggota polis cuba untuk menangkap haiwan tersebut.
Bagaimanapun, buaya itu kembali ke dalam air semasa anggota-anggota polis mendekati haiwan tersebut. Menurut Triyanto, haiwan itu kemudian berjaya ditangkap pada tengah hari Isnin lalu semasa ia berenang dekat muara sebatang sungai.
"Buaya air masin itu dihantar ke sebuah pusat pembiakan berdekatan.
"Pusat tersebut membiakkan buaya untuk menjual kulit dan dagingnya," kata Triyanto. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2U4B2BVn0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment