Search This Blog

Wednesday, May 15, 2013

Pencuri larikan wang selepas konsert Bieber berakhir



JOHANNESBURG - Sekumpulan pencuri melarikan sejumlah wang tunai yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu dolar yang disimpan di dalam stadium tempat penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber (gambar) membuat persembahan dalam konsertnya di sini, kata polis Afrika Selatan kelmarin.
Pencuri-pencuri itu dikatakan menyelinap masuk ke sebuah bilik di Stadium FNB pada hujung minggu lalu beberapa jam selepas persembahan Bieber.
"Suspek-suspek menceroboh masuk melalui bumbung," kata jurucakap polis, Katlego Mogale.
Mogale berkata, bilangan pencuri yang tidak diketahui itu berjaya melarikan wang sebanyak AS$109,000 (RM325,637).
Menurut Mogale, seorang kakitangan konsert tersebut telah menyimpan wang itu di ruang yang selamat di dalam stadium berkenaan selepas Bieber selesai membuat persembahan.
Penyanyi dari Kanada berusia 19 tahun itu mengadakan persembahan kedua di Afrika Selatan sempena konsert jelajah Believe. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2TJ6eL4DE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment