Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Pemisah Thai dituduh tingkat serangan ke atas kanak-kanak



Bangkok: Kumpulan pemisah di selatan Thailand melancarkan perang jenayah dengan mensasarkan kanak-kanak dalam serangan terhadap orang awam, kata badan pemerhati hak asasi kemanusiaan berpangkalan di New York, semalam.

Organisasi itu mendakwa kekerapan serangan terhadap kanak-kanak semakin meningkat. Ia merujuk kepada insiden 1 Mei lalu di mana empat anggota pemisah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk kampung di luar kedai runcit di Muang, Pattani yang turut membunuh kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, selain bapanya dan empat yang lain. Sehari selepas insiden itu, risalah ditandatangani pemisah diedar di masjid, pasar dan kedai kopi.


Menurut organisasi berkenaan, risalah itu berbunyi: “Saudara, kami sudah balas dendam untuk kamu. Empat daripada kami terbunuh. Jadi, kami ambil lebih nyawa sebagai balasan...enam mayat di Pattani sebagai pengajaran kepada Siam untuk peringatan bahawa kita akan bunuh mereka semua. Kanak-kanak dan wanita tidak terkecuali...kami akan lakukan apa saja agar Siam menerima tuntutan kami.” Dalam insiden berasingan pada 8 Mac lalu, empat anggota pemisah menembak sekumpulan pelajar sekolah Buddha ketika mereka bermain bola keranjang di daerah Sungai Padi, Narathiwat mencederakan seorang remaja berusia 15 tahun. Dan pada 21 Mac, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terbunuh dan 14 lagi cedera apabila pemisah meletupkan bom disembunyikan di depan kedai ais krim di Muang, Pattani. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment