Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Pemilik pusat urut tak serik



Kuala Lumpur: Bermodalkan RM100, lelaki hidung belang mampu menikmati hubungan seks dengan tukang urut di pusat urut di Taman Usahawan, Kepong, di sini selain bayaran tambahan RM50 jika ingin melakukan seks oral.

Premis terbabit yang beroperasi sejak tiga tahun lalu dengan menawarkan pakej urut biasa serendah RM30 selain tambahan RM30 jika ingin melakukan urutan batin akhirnya terbongkar selepas diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, semalam.


Serbuan diketuai Pegawai D7 Bukit Aman, Muhammad Mohd Jais dengan 10 pegawai dan anggota menahan 13 tukang urut warga China termasuk seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan.

“Dalam serbuan jam 5.35 petang semalam, 13 wanita warga China berusia 20 hingga 40 tahun ditahan. Hasil pemeriksaan 10 daripada mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial sementara selebihnya tiada dokumen.


“Premis yang beroperasi sejak tiga tahun lalu sebelum ini pernah diserbu beberapa kali namun pemiliknya masih berdegil dan meneruskan kegiatan urutan batin,” katanya.


Muhammad berkata, semua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong.

No comments:

Post a Comment