Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Pelakon Bollywood akan kembali jalani hukuman penjara



MUMBAI: Bintang Bollywood, Sanjay Dutt akan kembali ke penjara hari ini bagi meneruskan baki hukuman penjara tiga tahun setengah kerana kesalahan memiliki senjata api secara haram dan dikaitkan dengan kejadian letupan bom berdarah di Mumbai 20 tahun lalu.

Pelakon berusia 53 tahun itu mesti menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas mahkamah tinggi India mengetepikan rayuan saat akhir pada awal minggu ini.
Dutt didapati bersalah pada 2006 kerana memiliki senjata api dibekalkan kumpulan samseng yang bertanggungjawab dalam serangan bom pada 1993 yang mengorbankan 257 orang tetapi dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 18 bulan.

Pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman Dutt tetapi mengurangkan hukuman penjara daripada enam kepada lima tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment