IPOH: Polis menahan seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia kerana meminta wang daripada dua peniaga kedai runcit yang menjual rokok seludup.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pegawai berusia 39 tahun dan bertugas di Pulau Pinang itu ditahan di sekatan jalan raya di depan Balai Polis Trong petang semalam selepas polis menerima aduan mangsa.
Katanya, polis menyerahkan pegawai berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment