Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Patah lima dihempap jengkaut



Kuala Terengganu: “Lima tulang pada badan suami patah termasuk satu daripadanya hancur dalam kejadian itu,” kata Nor Aziani Ismail, 22, yang sebak melihat keadaan suaminya Noor Azman Ishak @ Yusof, 39, parah selepas dihempap jengkaut di Kampung Pasir Raja, Dungun, kelmarin.

Pembantu kedai runcit itu berkata, suaminya yang bekerja sebagai pemandu jengkaut itu kini dalam keadaan kritikal selepas tulang bahu, lengan, paha dan pergelangan kaki patah, manakala tulang betis hancur dan kini dirawat di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.


Ibu kepada seorang anak itu berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, suaminya sedang meratakan pasir di kawasan tapak pemasangan paip PVC di kampung berkenaan.

Menurutnya, jengkaut yang dipandu suaminya itu terbalik sebaik melanggar longgokan pasir keras di kawasan pemasangan paip itu dan suami yang tidak sempat menyelamatkan diri itu dihempap bahagian bumbung jengkaut berkenaan.


“Separuh badan suami dihempap jengkaut itu dan lima pekerja lain yang berada di lokasi berkenaan bergegas membantu mengeluarkan suami yang tersepit pada bumbung jengkaut terbalik itu,” katanya yang ditemui di Wad Ortopedik HSNZ, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment