Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Panik landa warga Arab Saudi kerana virus seperti SARS




SEORANG pesakit yang dijangkiti virus mirip Sindrom Pernafasan Akut Teruk dilawati oleh rombongan dari Kementerian Kesihatan di sebuah hospital di Al-Ahsa semalam.- AFP


RIYADH - Panik melanda warga Arab Saudi semalam selepas virus mirip Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) setakat ini telah menyebabkan 15 orang mati di negara ini.
Sejumlah orang dilaporkan mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital di bandar Al-Ahsa di wilayah timur Arab Saudi.
Mereka mendapatkan rawatan selepas menunjukkan tanda-tanda dijangkiti demam.
Menteri Kesihatan, Abdullah al-Rabia kelmarin menyatakan bahawa seramai 15 daripada 24 orang dijangkiti dengan virus tersebut yang dikenali sebagai Coronavirus sejak Ogos tahun lalu telah meninggal dunia.
Menurutnya, tiga kes baharu juga telah dikenal pasti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan, sebanyak 34 kes telah dilaporkan di seluruh dunia sejak virus tersebut dikesan buat kali pertama pada September 2012 dengan 18 mangsa meninggal dunia.
Kes-kes itu juga dilaporkan terdapat di Jordan, Jerman, Britain dan Perancis. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2TDET5hyx 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment