Search This Blog

Thursday, May 30, 2013

Nyaris maut terkena tembakan penyamun


Jerantut: Seorang pemilik restoran nyaris maut selepas terkena satu das tembakan dilepaskan seorang penyamun yang berang dalam kejadian di Batu 1, Jalan Jerantut-Benta dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa yang berusia 50 tahun cedera parah terkena tembakan dilepaskan penyamun terbabit yang menembusi lengan kiri hingga rusuk kirinya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut Deputi Superintendan Zakaria Kassim berkata, siasatan awal mendapati penyamun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dan memakai topi keledar berpenutup penuh berhenti di depan mangsa yang sedang menyapu lantai restorannya sebelum pulang.

Menurutnya, penyamun terbabit kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan semua wang hasil perniagaannya.


Katanya, siasatan awal mendapati mangsa enggan mengikut arahan penyamun membuatkan lelaki itu berang dan menyingkap tudung dipakai isteri mangsa untuk merentap rantai leher dipakai wanita berkenaan yang berada berdekatan.


“Bagaimanapun, penyamun terkejut selepas melihat wanita berkenaan tidak mempunyai rantai emas sebelum penyamun melepaskan satu das tembakan yang terkena lengan kiri mangsa hingga menembusi rusuknya,” katanya.

No comments:

Post a Comment